Azmin: Rakyat mahu perubahan, yakin menang di Hulu Kelang

0
169
Azmin dan isteri membuang undi di Sekolah Kebangsaan Klang Gate, Hulu Kelang pagi kelmain. GAMBAR Warta Rakyat

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, sokongan yang dilihat ketika kempen ‘mega finale’ PN semalam adalah petanda rasa tidak puas hati rakyat terhadap Pakatan Harapan (PH).

“Ia petunjuk rakyat mahukan perubahan sebenar, bukan saja di Selangor tetapi seluruh negara.

Sebahagian daripada penyokong-penyokong PN yang hadir pada Program Grand Finale Selangor Bangkit Gemilang di Taman Melawati, malam tadi. GAMBAR: Warta Rakyat

“Selangor sedia maju. PN ingin terus mengangkatnya, bukan dengan membuat janji kosong seperti PH, tetapi dengan melaksanakan dasar,” katanya kepada pemberita di Sekolah Kebangsaan Klang Gate, Hulu Kelang pagi tadi.

Beliau ditemani isterinya, Datin Seri Shamsida Taharin, lapor Malaysiakini.