Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PAS letak MB baru di Kelantan, kekalkan Sanusi, Samsuri -

PAS letak MB baru di Kelantan, kekalkan Sanusi, Samsuri

KEPIMPINAN PAS bersetuju mengekalkan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai menteri besar Kedah dan Terengganu, tetapi berkata ia akan menamakan calon baru untuk menerajui Kelantan jika parti itu kembali berkuasa pada pilihan raya negeri esok. 

Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata keputusan itu masih perlu mendapat perkenan sultan di setiap negeri.

“Perubahan gabungan menteri besar dan timbalan menteri besar bagi Kelantan, dengan mengemukakan gabungan kepimpinan baharu iaitu seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat, tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan,” katanya menurut laporan Malaysianow.

Menteri Besar Kelantan ketika ini, Ahmad Yakob, mengambil alih tugas daripada Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 2013 dengan dibantu Mohd Amar Nik Abdullah.

PAS merampas Kelantan daripada Barisan Nasional pada tahun 1990, dan menerajui negeri itu hingga ke hari ini.