Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Hujan sebelah pagi di empat negeri PRN diramal pada esok -

Hujan sebelah pagi di empat negeri PRN diramal pada esok

HUJAN diramal berlaku di satu dua tempat di sebelah pagi di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor pada hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu, esok.

Berdasarkan maklumat di laman web Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) cuaca sama dijangka berlaku di Kedah membabitkan banyak kawasan pantai serta mendung di Terengganu, manakala Kelantan diramal cuaca baik.

MetMalaysia turut meramalkan ribut petir dijangka berlaku pada sebelah petang di satu dua tempat di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah, satu dua kawasan pedalaman Negeri Sembilan serta beberapa tempat di Kelantan dan Terengganu.

Suhu sepanjang hari berkenaan diramal 23 hingga 34 darjah Celsius.

Seramai 9.67 juta pengundi akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil mereka di Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri pada PRN manakala 122,160 orang layak mengundi bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu.

Secara keseluruhan 17,048 saluran mengundi disediakan di 3,190 pusat mengundi di semua 245 kawasan DUN di enam negeri itu, manakala untuk PRK Parlimen Kuala Terengganu, 217 saluran mengundi disediakan di 41 pusat mengundi. -BERNAMA