Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Chegubard lapor SPRM skandal tanah RM10 bilion di Selangor -

Chegubard lapor SPRM skandal tanah RM10 bilion di Selangor

KERAJAAN Selangor didakwa menyerahkan projek pembersihan Sungai Kelang bernilai RM700 juta kepada sebuah syarikat tanpa melalui proses tender terbuka.

Ahli Jawatankuasa Penerangan PERIKATAN NASIONAL (PN) Pusat, Badrul Hisham Shaharin (Che’gu Bard) berkata, rakyat berhak tahu mengenai pemberian projek pembersihan Sungai Kelang kepada sebuah syarikat milik taikun ternama.

“Syarikat terbabit merupakan syarikat bertujuan khas (SPVC) dan kerajaan Selangor hanya memegang sebahagian kecil pemilikan dalam syarikat tersebut.

“Apabila dilihat dalam carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), 55 peratus pemilikan syarikat tersebut dimiliki dan dikawal ahli perniagaan terbabit,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurutnya perkara yang berlaku itu agak pelik kerana syarikat tersebut mempunyai laporan audit kewangan, boleh diberi kuasa menguruskan projek tersebut. 

Oleh itu katanya, beliau bimbang berlaku penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan negeri, lebih-lebih lagi nama seorang anggota Exco Kerajaan Selangor ada dalam syarikat tersebut berdasar maklumat SSM.

“Jadi, kami memerlukan penjelasan kerajaan negeri Selangor mengenai isu terbabit,” ujarnya.

Che’gu Bard turut mempersoalkan status Hutan Simpan Bukit Lagong yang mana sebanyak 27 plot kuari hutan tersebut diberi kepada pelbagai pihak untuk dijadikan sebagai kuari hutan. 

Sedangkan katanya, Kerajaan Selangor sepatutnya menjaga status Hutan Lagong sebagai hutan simpan.

“Malangnya mengapa perkara di sebaliknya berlaku di mana antara satu daripada syarikat yang memiliki plot hutan tersebut bertaraf RM2?” ujarnya. 

Beliau mendakwa syarikat tersebut dimiliki seorang pemimpin Keadilan sedasar carian yang dibuat. 

Pada September 2022 sebuah NGO dikenali Projek Pendedahan Rimba (RDP) mendedahkan tanah Hutan Simpanan Bukit Lagong dijual pada harga RM150,000 seekar di laman web EdgeProp. 

“Kerajaan Selangor perlu memberi penjelasan memandangkan saya telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya, lapor Harakah Daily.