Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tawaran ‘Selangor Baharu, Kita Bangkit’ realistik – Azmin -

Tawaran ‘Selangor Baharu, Kita Bangkit’ realistik – Azmin

PERIKATAN Nasional (PN) yakin mampu merealisasikan tawaran Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin bernilai lebih RM2 bilion untuk Selangor sekiranya diberi mandat pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan, pakej rangsangan bertemakan ‘Selangor Baharu, Kita Bangkit’ itu realistik dan boleh dilaksanakan berdasarkan rekod cemerlang ketika beliau menerajui pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau yang pernah menjadi Menteri Besar dari tahun 2014 hingga 2018 berkata, ketika membentangkan Belanjawan Selangor pada tahun 2017, Dewan Undangan Negeri (DUN) dimaklumkan bahawa kutipan hasil adalah berjumlah RM2.6 bilion.

Pengerusi PN Selangor yang juga Calon Perikatan Nasional DUN Hulu Kelang, Datuk Seri Azmin Ali menyantuni serta beramah mesra dengan salah seorang warga emas, Ibrahim Buyong,98, ketika mengadakan Program Menyantuni Penduduk di Kampung Klang Gate, hari ini. GAMBAR: Warta Rakyat

Maknanya, jelas calon DUN Hulu Kelang itu, negeri Selangor memiliki kutipan pendapatan besar yang boleh digunakan untuk manfaat serta kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya.

“Alhamdulillah PN sudah melancarkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM2 bilion dan beberapa inisiatif lain yang non fiskal yang akan kita teliti dari semasa ke semasa.

“Namun persoalan yang berbangkit apakah kita berkeupayaan untuk laksanakan pakej ransangan ini, jawaban saya ya.

“Pakej rangsangan dan tawaran yang telah kita kemukakan ini adalah realistik dan boleh dilaksanakan berdasarkan rekod dan prestasi cemerlang ketika kita berada di dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor,” katanya dalam sidang media khas, hari ini.

Pengerusi PN Selangor yang juga Calon Perikatan Nasional DUN Hulu Kelang, Datuk Seri Azmin Ali menyantuni dengan sebahagian penduduk kampung ketika singgah di Warung Kamal pada Program Menyantuni Penduduk di Kampung Klang Gate, hari ini. GAMBAR: Warta Rakyat

Mohamed Azmin menambah, sekiranya diberi mandat, beliau tidak mahu melihat Selangor berada ditakuk yang lama lagi dan mahu mengangkatnya menjadi sebuah ‘Super Smart City’.

Beliau menegaskan, ketika negara sedang berdepan kegawatan ekonomi sepatutnya kerajaan mengambil sikap untuk berbelanja dan bukan menabung atau pun menyimpan wang.

Ini kerana, ujar beliau, tidak ada maknanya pemimpin mendabik dada kononnya simpanan rizab mereka besar sedangkan rakyat tidak mendapat manfaat dan terus sengsara.

Pengerusi PN Selangor yang juga Calon Perikatan Nasional DUN Hulu Kelang, Datuk Seri Azmin Ali menyantuni serta beramah mesra dengan sebahagian penduduk kampung ketika singgah di Warung Kamal pada Program Menyantuni Penduduk di Kampung Klang Gate, hari ini. GAMBAR: Warta Rakyat

“Dua kali saya telah kemukakan belanjawan defisit pada tahun 2015 iaitu RM 450 juta…maknanya kita berbelanja lebih daripada pendapatan.

“Dalam kegawatan kita harus merancakkan aktiviti ekonomi supaya rakyat dapat manfaat, jadi kita kena belanja lebih daripada pendapatan, itu dibenarkan ketika berlakunya kegawatan.

“Daripada belanjawan defisit RM450 juta akhirnya kita mendapat surplus pada tahun itu iaitu RM230 juta, saya menggunakan pendekatan sama pada tahun berikutnya.

“Saya kemukakan belanjawan defisit RM630 juta tetapi pada bukan Oktober 2016 saya telah mencatatkan surplus RM351 juta, inilah langkah yang berhemah dan bertanggungjwab,” katanya, lapor Utusan TV.