Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PDRM nafi Muhammad Sanusi ditahan sekali lagi -

PDRM nafi Muhammad Sanusi ditahan sekali lagi

 POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menafikan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (gambar) ditahan atau dipanggil sekali lagi untuk dirakam percakapan hari ini seperti dilaporkan sebuah portal berita.

Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman ACP A. Skandaguru berkata tiada pihak daripada Bukit Aman, peringkat kontinjen Kedah atau Ibu Pejabat Polis Daerah di Kedah melakukan tindakan seperti yang dilaporkan portal berita berkenaan.

Justeru PDRM meminta portal berita yang melaporkan berita palsu tersebut membuat permohonan maaf serta menarik balik laporan berita yang disiarkan.

“Laporan polis akan dibuat bagi membolehkan siasatan dimulakan ke atas penyebaran berita palsu tersebut,“ katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata tindakan mengeluarkan berita tidak sahih sedemikian boleh mendatangkan rasa panik kepada masyarakat, lebih-lebih lagi dalam senario kempen Pilihan Raya Negeri yang sedang berlangsung.

Terdahulu, sebuah portal berita tempatan melaporkan Muhammad Sanusi dikatakan ditahan polis pada petang Sabtu.

Menerusi rakaman video sebuah program di Padang Serai, seorang lelaki yang dipercayai ahli PAS memaklumkan, Muhammad Sanusi tidak dapat menghadirkan diri atas faktor keselamatan. 

BERNAMA