Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Dr Mahathir terima rawatan di IJN sejak Selasa -

Dr Mahathir terima rawatan di IJN sejak Selasa

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak Selasa bagi mendapatkan rawatan akibat jangkitan.

Perkara itu dimaklumkan menerusi perkongsian di Facebok rasmi Dr Mahathir.

Menerusi hantaran itu, turut disertakan dua keping gambar yang memaparkan Dr Mahathir sedang menulis dan menyemak beberapa fail di wad IJN pada Khamis.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi yang berusia 98 tahun itu pernah dimasukkan ke IJN pada 7 Jan tahun lepas bagi menjalani prosedur perubatan elektif sehari selepas itu dan dibenarkan keluar pada 13 Jan 2022 namun beliau dimasukkan ke institut berkenaan semula dan menerima rawatan sehingga dibenarkan pulang 5 Feb tahun yang sama.

Beliau sekali lagi ditahan di IJN selepas disahkan positif Covid-19 pada 31 Ogos tahun lepas dan dibenarkan keluar daripada institut itu pada 4 Sept 2022.

Setakat ini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada IJN. – Bernama