Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pemimpin pemuda DAP letak jawatan, bidas ‘maharaja’ dalam parti -

Pemimpin pemuda DAP letak jawatan, bidas ‘maharaja’ dalam parti

KEMELUT DAP Pulau Pinang belum reda, terbaharu seorang Ahli Jawatankuasa Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) negeri, M. Kogilan mengumumkan keluar dari parti berkuat kuasa serta-merta.

Sebelum ini DAP Pulau Pinang sudah bergolak susulan beberapa penyandang calon yang digugurkan parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN), malah terdapat bekas pemimpin yang mula memboikot parti tersebut.

Kogilan yang merupakan ahli seumur hidup DAP turut memaklumkan melepaskan semua jawatan membabitkan parti yang dipegangnya.

“Berat dan sedih untuk saya buat keputusan untuk meninggalkan parti namun tindakan ini diteruskan disebabkan pemimpin-pemimpin tertinggi DAP pusat dilihat tidak berprinsip.

“Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa DAPSY Pulau Pinang yang memberi kepercayaan dan peluang kepada saya selama ini,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Ditanya perancangan seterusnya dalam politik, Kogilan akan terus berkempen bersama dua calon bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai dan Bagan Dalam buat masa ini.

“Buat masa ini, saya fokus Pilihan Raya Negeri (PRN) dan kami akan bangkit demi memastikan DAP di bawah pimpinan mereka yang berprinsip,” katanya.

Sebelum ini, Kogilan mempertikaikan mengapa nama Pengerusi DAP, Lim Guan Eng tidak digugurkan sebagai calon PRN sekiranya parti mahu mengamalkan konsep ‘meremajakan parti’.

Selain itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam M. Satees dan bekas Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai, David Marshel juga mengumumkan keluar dari DAP selepas mendakwa wujud seorang ‘maharaja’ dalam parti yang menentukan semua keputusan tanpa sebarang perbincangan.

Masing-masing mereka turut bertanding bebas pada PRN kali ini.