Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pemberian musim pilihan raya: Dulu dedak, sekarang halal? -

Pemberian musim pilihan raya: Dulu dedak, sekarang halal?

KERAJAAN sekali lagi dikritik berkait isu pemberian ketika musim pilihan raya yang dilihat sudah berubah nada apabila berkuasa.

Ketua Penerangan Sayap Bersekutu Bersatu, Datuk R Sri Sanjeevan berkata ketika menjadi pembangkang, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik setiap pemberian kerajaan terdahulu dan disifatkan sebagai ‘dedak’.

Hari ini, setelah bergelar kerajaan, mereka turut menabur dedak kepada rakyatketika  musim pilihan raya.

“Hari ini ia disebut pula sebagai pemberian dan inisiatif untuk rakyat, itu juga ketika pilihan raya negeri (PRN). Mana satu pendirian dan prinsip anda? Dulu semua tidak boleh dan tidak betul, hari ini semuanya halal?

“Bukankah itu dikatakan rasuah dan kerajaan hari ini sangat menentang budaya itu, hari-hari kritik pimpinan pembangkang dan sebagainya. Sepatutnya nada ini juga sama untuk pimpinan dalam kerajaan. Jangan cakap flip flop begini,” katanya, lapor MalaysiaGazette.

Kata Sanjeevan, rakyat lebih bijak dalam menilai dan akan mentafsirnya pada kertas undi, 12 Ogos ini.

“Kita tengok nanti bagaimana rakyat bertindak. Hari ini rakyat jauh lebih bijak dan sudah tahu hak serta kepentingan mereka, mereka tidak akan terima ahli politik cakap flip flop.

“Masa PRU-15 juga macam-macam tuduhan, dakwaan antara BN dan PH tapi bila sudah jadi kerajaan semuanya boleh sahaja,” katanya.

Sehari sebelum penamaan calon, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid mengumumkan geran tambahan berjumlah RM100,000 kepada Persatuan Belia Gabungan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) selain peruntukan sebanyak RM250,000 untuk Majlis Belia Malaysia Terengganu.

Turut diumumkan peruntukan sebanyak RM200,000 bagi persatuan permotoran di negeri itu malah katanya jumlah itu mungkin bertambah bergantung kepada prestasi golongan itu dalam pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Sementara Anwar mempertahankan pengumuman dibuat anak muridnya itu sambil menegaskan ia dibuat sebelum hari penamaan calon semalam.