Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Isu kekurangan dana beri cabaran tapi tidak besar - Samsuri -

Isu kekurangan dana beri cabaran tapi tidak besar – Samsuri

PERIKATAN Nasional (PN) mengakui isu kekurangan dana susulan pembekuan akuan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberi cabaran kepada calon yang mewakili gabungan itu pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

Bagaimanapun Bendaharinya, Datuk Seri Dr Samsuri Mokhtar berkata, ia tidak memberi kesan yang terlalu besar kepada gerak kerja jentera gabungan berkenaan.

Menurut Samsuri yang juga calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, Pas sebagai contoh mengumpul dana di peringkat cawangan masing-masing sebaik berakhirnya pilihan raya lalu.

“Hari ini (sebagai contoh) habis sahaja pilihan raya, esok (Pas) telah memulakan proses untuk mengumpulkan dana. Jadi, bayangkan dalam masa lima tahun sedikit demi sedikit masing masing telah menyediakan dana yang mencukupi untuk membuat kerja asas di peringkat DUN.

“Memanglah tekanan yang dibuat kerajaan di peringkat pusat terhadap akaun Bersatu memberi kesan (kepada gerak kerja calon PN) kerana ia dibuat sebelum pilihan raya raya.

“Namun, jentera (PN tetap) dapat bergerak cara sesuai dengan keadaan dana yang sedikit kerana yang penting semangat semua petugas termasuk pengundi muda sangat baik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Ceramah Teguh Pertahan:Kenali Calon Pas Marang Kite di Kampung Padang Mengkuang Pengkalan Berangan di sini malam Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed bahawa masalah kekurangan dana yang dihadapi calon PN pada PRN kali ini adalah kifarah terhadap perbuatan menganiaya UMNO termasuk membekukan akaun parti tersebut.

Mengulas lanjut, Samsuri yang juga Naib Presiden Pas berkata, gerak kerja jentera parti kini berada di landasan betul dan jika momentum itu dikekalkan hasrat untuk memenangi semua kerusi DUN pada kali ini tidak mustahil lapor Sinar Harian.