MBI Kedah lapor polis berhubung dakwaan fitnah

0
181

PERBADANAN Menteri Besar (MBI) Kedah membuat laporan polis semalam berhubung kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkaitan anak syarikat kerajaan negeri (GLC) itu.

Jurucakap Polis Kedah, Senior Asisten Komisioner Alzafny Ahmad, berkata laporan itu dibuat Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbiran MBI Kedah pada jam 5.57 petang.

“Wanita itu membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan Saifuddin yang tular dalam media sosial pada 27 Julai lalu menyatakan terdapat seorang lelaki China bekerja dengan MBI Kedah.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini lapor BH.

Saifuddin dalam siri ceramah sebelum ini beberapa kali membuat dakwaan kononnya terdapat lelaki warga China yang dibawa masuk dan diambil bekerja dengan MBI bagi projek unsur nadir bumi (REE).

Alzafny dalam pada itu memaklumkan, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang laporan mengenai ucapan menyentuh perkara berkaitan agama, raja dan kaum (3R).

Secara keseluruhan terdapat 59 ceramah diadakan di seluruh Kedah semalam iaitu 10 membabitkan Barisan Nasional (BN), lima Pakatan Harapan (PH), 38 Perikatan Nasional (PN) dan enam bebas.

Setakat ini Kota Setar merekodkan jumlah ceramah terbanyak iaitu 13, diikuti Kulim (tujuh), Baling (enam) dan Kubang Pasu (lima).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here