Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lelaki baling batu ke arah Ibu Pejabat PAS ditahan -

Lelaki baling batu ke arah Ibu Pejabat PAS ditahan

POLIS menahan seorang lelaki berumur 36 tahun di sini semalam, yang disyaki terlibat membaling batu ke arah Ibu Pejabat PAS Pusat di Jalan Raja Laut pada hari Sabtu lepas, sehingga mengakibatkan dinding kaca pejabat itu pecah.

Menurut sumber, penganggur itu ditahan di Lorong Tiong Nam, Chow Kit pada pukul 10 malam, dan dia akan direman hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana kesalahan khianat.

Menurut sumber itu lagi, difahamkan lelaki berkenaan berbuat demikian kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan parti PAS, dari segi kerjasama politik.

“Siasatan awal juga mendapati suspek mempunyai 16 rekod jenayah lampau termasuk sembilan rekod kesalahan dadah,” katanya kepada Bernama.

Sabtu lepas, PAS membuat laporan polis selepas dinding kaca di Ibu Pejabat PAS Pusat dibaling dengan batu oleh seorang lelaki, beberapa jam sebelum bermula proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

BERNAMA