‘Banyak kerja jahat dibongkar jika mereka nak lihat saya digari, berbaju oren’ – Sanusi

0
176

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor bertekad untuk mendedahkan lebih banyak isu salah guna kuasa sekiranya kerajaan ketika ini berhasrat untuk melihat beliau ditahan Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sanusi yang juga calon bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri itu berkata, kerajaan ketika ini menggunakan kuasa untuk memberikan tekanan terhadap dirinya dan pentadbiran negeri Kedah.

Malah, beliau turut menyifatkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu jauh lebih kejam berbanding zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ujarnya, Kedah tidak pernah berdepan dengan situasi di mana kesemua barisan Exco dipanggil SPRM untuk memberikan keterangan.

Beliau berkata demikian bagi merujuk isu siasatan terhadap Penerokaan unsur nadir bumi (REE) dan pembinaan litar lumba di negeri berkenaan.

“Isu REE telah menjalani semua proses siasatan termasuk kompaun RM500,000 dan bukan tidak pernah langsung disiasat.

“Kompaun pun sudah dibayar tetapi mereka masih tidak puas hati dan terus buat tangkapan kerana sengaja nak berikan gambaran ada kesalahan besar yang berlaku serta menimbulkan persepsi kerajaan negeri Kedah tidak bersih.

“Hasrat mereka yang paling besar untuk pastikan Sanusi pakai gari, pakai baju oren (lokap SPRM)… saya yakin aka nada kebangkitan lebih besar di seluruh negara kerana saya akan bongkar semua kerja jahat ini jika mereka berani pakaikan saya baju oren,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon-Calon Perikatan Nasional (PN) di Kompleks Pas Kedah pada Rabu.

Dalam pada itu, Sanusi turut menegaskan pendirian untuk mengambil tindakan saman terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung dua kes fitnah.

Tindakan saman tersebut adalah berhubung isu dana Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) dan kecurian REE.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here