Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRN: Bersatu bertanding lima kerusi di Terengganu, Pas pertaruh calon wanita -

PRN: Bersatu bertanding lima kerusi di Terengganu, Pas pertaruh calon wanita

PARTI Bersatu sah bertanding di lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Dr Alias Razak berkata, ketetapan itu dilakukan atas persetujuan bersama antara kepimpinan kedua-dua parti.

“Sekarang bukan lagi anggaran, memang sudah ada persetujuan bersama dalam keadaan harmoni. Kita beri lima kerusi kepada Bersatu,” katanya pada sidang media di Pejabat Perhubungan Pas Terengganu, di Kuala Terengganu pada Rabu

Menurut laporan Astro AWANI, Alias yang juga penyandang kerusi DUN Tunggal turut memberitahu, Pas juga akan mempertaruhkan calon wanita pada kali ini.

Kali terakhir Pas meletakkan calon wanita adalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), di DUN Kuala Besut.

Sementara itu beliau juga mengesahkan beberapa pemimpin menarik diri daripada bertanding pada kali ini, bagi memberi peluang kepada muka baharu. Namun tiada perincian lanjut diberikan.

Pas dijangka mengumumkan calon Perikatan Nasional (PN) pada majlis yang turut dihadiri Menteri Besar Terangganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar di Dewan Tuan Guru, perkarangan Masjid Rusila, Marang, di Kuala Terengganu, esok.

PN sebelum ini menyatakan keyakinan untuk menyapu bersih kesemua 32 kerusi termasuk 10 kerusi yang sebelum ini dimenangi Barisan Nasional (BN).