PN ikrar kecuali caj parkir di Selangor Utara jika menang PRN

0
157

PERIKATAN Nasional (PN) berikrar mengecualikan bayaran parkir di Selangor Utara sekiranya rakyat memberi mandat kepada parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada 12 Ogos depan.

Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu tidak sukar dilaksanakan kerana beliau dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi mempunyai pengalaman semasa mentadbir Selangor.

“Hendak kecualikan (bayaran) parkir di Tanjong Karang dan Selangor Utara, itu hanyalah masalah kecil sahaja.

“Insya-ALLAH kalau orang Permatang, Sungai Burong, Tanjong Karang, Sungai Besar, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan seluruh negeri (Selangor) ini, PN menang, kita kecualikan parkir di Selangor Utara,” katanya lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Majlis Pelancaran Jentera PN Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang di Tanjong Karang pada malam Ahad.

Mohamed Azmin memberitahu, semasa beliau menjadi Menteri Besar dan bersama Exco Pas dahulu, Selangor mempunyai empat bilion rizab negeri.

“Kita beri air percuma rezeki turun lagi, (kemudian) Skim Peduli Sihat, Skim Khairat (Mesra Usia Emas) dan Program Hijrah (Yayasan Hijrah Selangor).

“Ingat Hijrah?. Hendak berniaga tepi jalan, modal tidak ada hendak besarkan perniagaan tidak mampu, (kemudian) pergi bank tidak boleh meminjam dan kami (waktu itu) memberi modal (pinjaman Hijrah) dari RM10,000 hingga RM50,000.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here