Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
'PAS sudah maafkan kesilapan Tun Mahathir' - Mohd Amar -

‘PAS sudah maafkan kesilapan Tun Mahathir’ – Mohd Amar

NAIB Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah menerima secara terbuka sokongan yang diberikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tun M kepada Perikatan Nasional (PN) ketika ini.

Kehadiran negarawan ulung tersebut menyampaikan ucapan buat kali pertama di pentas Pas pada program ‘Munajat Rakyat Kelantan: Ppakat Pertahan dan Amanat Pemimpin’ di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu pada Jumaat memberi gambaran parti seolah-olah sudah memaafkan kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini.

“Saya harap dengan kemasukan beliau (Tun M) bersama kita (PN) dapat membersihkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini,” katanya selepas diminta mengulas kehadiran buat kali pertama Tun M berceramah di atas pentas Pas.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, Pas sentiasa terbuka menerima mana-mana individu yang sudah berubah untuk bersama-sama dengan perjuangan Pas.

Ujarnya, berkait soal sejarah semua orang ada sejarahnya.

“Kalau dalam sejarah Islam, semua orang yang masuk Islam sebelum itu mempunyai banyak masalah (dengan Islam) sebagai contoh lawan Nabi.

“Namun selepas pembukaan Kota Makkah, Abu Sufian, Khalid Al-Walid dan Wahsyi telah masuk (memeluk) Islam. Kalu kita tengok, Wahsyi bunuh bapa saudara Nabi (Hamzah Abu Mutalib. Jadi bila dia (Tun M) sudah berubah kita terima. Sejarah tu nak buat macam mana,” katanya.