Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Murid Tahun Lima dakwa guru besar rotan hingga cedera -

Murid Tahun Lima dakwa guru besar rotan hingga cedera

MURID lelaki Tahun Lima sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Segamat cedera di badan dan muka selepas didakwa dirotan guru besar sekolah itu kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian menerusi laman Facebook Polis Daerah Segamat kira-kira jam 11 malam semalam.

Susulan maklumat diterima, pihaknya meminta mangsa hadir ke balai polis bagi membuat laporan berhubung kejadian.

“Pada jam 12.10 tengah malam, satu laporan polis dibuat ibu mangsa mengatakan anaknya cedera di leher kiri, bahu kiri dan calar di pipi akibat dirotan guru besar wanita berusia 50-an.

“Siasatan awal mendapati pelajar itu dirotan kerana gagal menyiapkan kerja sekolah dan bersikap sambil lewa ketika sesi pembelajaran di sekolah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini lapor BH.

Ahmad Zamry berkata, susulan polis itu pihaknya sudah mengambil keterangan daripada guru berkenaan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan selanjutnya.