Rencana: Hentikan naratif hutang negara, tumpu segera kos sara hidup rakyat

0
138

JIKA kerajaan teruskan naratif menurunkan hutang negara sebagai keutamaan, bagaimana isu kos sara hidup membelenggu rakyat dapat diatasi dengan berkesan.

Persoalan itu dilontarkan Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin yang menegaskan apa pun usaha kerajaan memerangi masalah kos sara hidup secara struktural dan komprehensif, ia memerlukan perbelanjaan.

“Cubalah tanya sesiapa sahaja rakyat pada hari ini, adakah mereka akan kata kos kehidupan bukan satu masalah besar kepada mereka?

“Persoalan pokok adalah apakah patut menjadi keutamaan kerajaan ketika ini, adakah mengurangkan hutang negara ataupun mengurangkan kos kehidupan rakyat?” soalnya.

Irwan Shah mengingatkan nilai hutang Malaysia masih lagi di bawah tahap siling ditetapkan, bahkan had 65 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) turut diletakkan sendiri kerajaan hingga boleh diubah.

“Tahap siling hutang juga tidak berdasarkan logik ekonomi kerana dalam ekonomi, tidak ada had siling dalam hutang kerajaan. Sebab itu negara seperti Amerika Syarikat (AS), Jepun atau Singapura masih lagi antara ekonomi maju walaupun mempunyai tahap hutang jauh lebih tinggi daripada Malaysia,” tulisnya, lapor BH Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here