Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Muhyiddin umum bekas KSU calon PN DUN Dengkil -

Muhyiddin umum bekas KSU calon PN DUN Dengkil


PERIKATAN Nasional (PN) malam tadi mengumumkan calon bagi dua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang akan mewakili parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos ini.

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Jamil Salleh diumumkan calon PN DUN Dengkil manakala Datuk Suhaimi Mohd. Ghazali calon DUN Sungai Pelek.

Perkara tersebut diumumkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap pada Majlis Ceramah Perdana Jelajah Selangor Baharu di pekarangan Markas Tarbiyah Al-Idrisiah, Labohan Dagang, Sepang.

“Dua nama saya nak umumkan lebih awal daripada pengumuman rasmi, calon kita (PN) untuk DUN Sungai Pelek, Datuk Suhaimi Mohd Ghazali iaitu calon BERSATU dan di DUN Dengkil adalah Datuk Seri Jamil Salleh.

“Dia (Jamil) baru bersara dari Ketua Setiausaha KPDNHEP baru sahaja jadi ahli BERSATU yang saya bersetuju letakkan seorang tokoh yang sudah banyak berjasa kepada negara,” katanya disambut gemuruh hadirin hadir.

Yang turut hadir pada majlis itu, Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Ketua Wanita PN, Datuk Seri Rina Harun, dan Ahli Parlimen Jerantut, Khairil Nizam Khirudin .

Sementara itu, dalam ucapannya Muhyiddin bimbang akan nasib rakyat yang terbeban dengan kenaikan harga barang susulan prestasi ringgit merundum.

“Ini satu isu besar, sampai hari ini tidak ada langkah-langkah komprehensif oleh pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah rakyat, setiap hari mana sahaja isu ini berbangkit,”

“Saya melawat satu kedai sayur di pasar malam Taman Melawati, semua sayur naik, terung, sawi, bayam semuanya naik. Ini berlaku dimana-mana sahaja.

“Rakyat harapkan dari kerajaan sekarang adalah apa langkah yang wajar diambil sekarang untuk meringankan bebanan rakyat, sedikit sebanyak mesti dibuat,” katanya.

Beliau berkata, kenaikan bil elektrik turut menyumbang kepada kenaikan harga produk di pasaran yang menambah beban rakyat.

“Saifuddin (Abdullah) ingatkan saya, bil elektrik dah melambung.

“Bila masalah ini dikenakan kepada pihak industri terpaksa bayar lebih, maka proses pengeluaran industri bertambah mahal, produk dijual kepada pengguna, pengguna kena bayar lebih tinggi,” ujarnya.

Menurutnya, sudah lapan bulan Anwar memimpin negara, masih tiada dasar dan perancangan yang jelas untuk memandu negara keluar dari kemelut ekonomi yang melanda negara. – SB