Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Peraturan 3R perlu dikuat kuasa kepada semua – Ahmad Samsuri -

Peraturan 3R perlu dikuat kuasa kepada semua – Ahmad Samsuri

PERATURAN atau larangan menyentuh isu sensitif berkaitan bangsa, agama serta institusi raja (3R) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) perlu dikuatkuasakan terhadap semua individu dan tidak tertumpu kepada pembangkang semata-mata.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, semua parti politik perlu diberi peluang dan dikuatkuasakan undang-undang yang sama ketika berdepan dengan pilihan raya.

Saya tak mahu komen tentang laporan polis yang dibuat (terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor), biarlah pihak berkuasa menjalankan urusan mereka.

“Paling penting ialah, bila kita tidak mahu mana-mana pihak bercakap tentang perkara-perkara yang sensitif, ia terpakai kepada semua, bukan sahaja pembangkang atau haluan kiri ataupun kanan. Semua sekali termasuklah pihak berkuasa.

“Jadi, kalau ia (3R) tidak diambil pengajaran oleh semua pihak, it doesn’t work well in our society, it is not a fair..fairground untuk kita berdepan pilihan raya ataupun masyarakat, jadi apa jua peraturan yang dibuat adalah terpakai kepada semua orang sepatutnya,” katanya lapor Utusan Malaysia

Beliau berkata demikan pada sidang akhbar selepas menghadiri Konvensyen Profesional 2.0 di Shah Alam, Selangor, hari ini yang dirasmikan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Yang turut hadir Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari; Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamak; Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin dan Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.