Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRN: Polis Kedah terima dua laporan khianat papan tanda -

PRN: Polis Kedah terima dua laporan khianat papan tanda

POLIS Kedah menerima dua laporan berhubung tindakan khianat merosakkan papan tanda yang dipercayai berkaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijadualkan berlangsung Ogos depan.

​​​​Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata dua kes itu dilaporkan di Kubang Pasu dan Kulim, bagaimanapun tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini.

“Dalam suasana hendak berdepan PRN ini, polis telah menerima laporan berhubung tindakan menconteng dan merosakkan papan tanda, dan kes ini akan disiasaat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

“Saya ingin menyeru semua masyarakat Kedah supaya tidak melakukan perkara yang boleh menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara,“ katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan, terutamanya yang menyentuh mengenai isu 3R, yakni yang berkaitan dengan agama, raja, dan kaum.

BERNAMA