Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Apa dia tahu pasal PN, parti sendiri pun dia tak tahu - Sanusi tempelak Rafizi -

Apa dia tahu pasal PN, parti sendiri pun dia tak tahu – Sanusi tempelak Rafizi

MENTERI Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menggesa Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli untuk memikirkan urusannya sendiri dan bukannya hal ehwal Perikatan Nasional (PN).

Ini berlaku selepas Rafizi mendakwa parti komponen PN berebut kerusi di Kedah.

“Selesai semua dah (rundingan kerusi). Rafizi mana tahu tentang parti orang lain. Tentang parti dia pun dia tak tahu.

“Takkan urusan parti kita nak kena lapor kepada dia pulak kan? Suruh dia jaga Pakatan Harapan (PH) dengan BN sudahlah. (PH-BN) sedang berantakan di Kedah berebut kerusi,” katanya, lapor Malaysiakini.

Semasa acara PH Sabtu lalu di Kulim, Kedah, Rafizi mendakwa BN dan PH dapat melancarkan jentera mereka lebih awal daripada PN kerana telah menyelesaikan pembahagian kerusi.

Dia mendakwa parti komponen PN – Bersatu, Gerakan dan PAS – berebut sesama sendiri untuk kerusi di kedah.

“Kita tahu mereka masih lagi bertelagah dan bergaduh mengenai siapa nak bertanding dekat mana. Sekarang Kulim kita tak tahu siapa nak bertanding. PAS ke Gerakan ke ataupun Bersatu? Dah tahu ke belum? Belum.

“Tadi saya kat Sidam pun saya dimaklumkan di Sidam masih lagi bertelagah antara Gerakan dengan Bersatu. Di Gurun pun macam itu,” kata Rafizi.

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pada 22 Jun bahawa pembahagian kerusi telah diselesaikan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata BN dan PH telah menyelesaikan pembahagian kerusi pada 4 Julai.