Harga barang naik: Golongan peniaga paling terkesan

LAPORAN kenaikan harga barang sehingga 20 peratus menjelang Ogos depan terus menjadi topik hangat rakyat negara ini yang sedang ‘bergelut’ dengan kenaikan harga barangan sedia ada.

Rata-rata pengguan sudah tidak tahan dengan kenaikan harga barang yang saban minggu berubah dengan harga berbeza yang semakin melampau.

Seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai Rafizah Mohd Darin berkata, zaman ini adalah zaman kerja keras buat golongan peniaga terutama yang mempunyai kedai atau premis makanan.

“Bila ramai kecundang.. Di zaman sekarang buat peniaga2 yang ada premis..memang 10 kali ganda struggle.. Bahan mentah hampir tiap2 minggu naik.. Kami nak letak harga pun pening..

“Overhead jadi semakin tinggi.. Nak kekalkan harga lama.. Nanti kami sendiri akan mati.. Kami pun tak suka nak letak harga mahal2.. Tapi keadaan tak seperti dulu.. Kedai dessert yang terkenal ni pun kecundang.. Jadi sama2 kita bertoleransi.. Kami bantu anda.. Dan anda bantu kami,” ujarnya.

Pengguna media sosial dikenali sebagai Azlien Batik pula berkata kebanyakan harga barang naik termasuk beras sehingga mencecah RM30.50 untuk belian borong.

“Awal niaga RM26 harga beras jati, sekarang RM32.50…macam tiada kesudahan naik tanpa kawalan…tukar ke beras Faiza lagi murah.

“Kebanyakkan harga barang semua naik,beras banyak kali doh naik sampai RM30.50 untuk belian borong ..barang basah jagan citer laa mahal amat terkesan bagi peniaga,” luahnya.

Seorang lagi golongan peniaga dikenali sebagai Maliki Nasi Kukus turut meluahkan kerisauannya terhadap harga barangan yang tidak menentu.

“Sekarang ni ramai terasa dengan kenaikkan harga barang yang tak menentu. Turut terkesan peniaga-peniaga macam kami, sale drop pelanggan kurang.

“Walaupun harga barang mentah naik mengila, kami maintain je lagi harga jualan kami. Kalau harga jualan dinaikkan lagi tak tau lah macam mana

“Harini MNK buka macam biasa, mana rasa lapar atau kerja harini tak sempat nak masak jemput singgah support Kedai MNK. Kami cuba jaga kualiti makanan di kedai kami ikhlas untuk mencari rezeki untuk keluarga,” katanya.

Semalam,Presiden Dewan Perniagaan dan Industri India Kuala Lumpur dan Selangor (KLSICCI), Nivas Ragavan berkata, pihaknya mengesan peningkatan 20 peratus kos pengeluaran dan operasi dalam kalangan ahli KLSICCI sejak Januari lalu.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin turut mengakui kenaikan harga barangan dijangka mula berlaku Ogos dan September tahun ini.

Ameer berkata, kenaikan harga barangan juga berpunca akibat peningkatan kos operasi dalam pelbagai sektor pengeluaran susulan polisi kerajaan menaikkan kadar gaji minimum-SB.