Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Dakwaan ‘gelombang hijau’ akan musnahkan tokong: Ketua Pemuda UMNO mahu Guan Eng disiasat -

Dakwaan ‘gelombang hijau’ akan musnahkan tokong: Ketua Pemuda UMNO mahu Guan Eng disiasat

PERGERAKAN Pemuda UMNO hari ini meminta polis menyiasat kenyataan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang mendakwa ‘gelombang hijau’ akan musnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau Pinang.

Ketuanya , Dr Akmal Saleh berkata, tindakan itu sebagai amaran keras kepada semua tanpa mengira parti supaya tidak sesekali mempermainkan isu 3R iaitu agama, bangsa dan raja.

“Bila kita minta jangan mainkan isu 3R, bukan hanya kepada pembangkang, tetapi juga kepada pihak kerajaan. Maka tuduhan seperti ini (kenyataan Guan Eng) sangat-sangat tidak diperlukan oleh rakyat Malaysia. Saya mohon kenyataan ini disiasat oleh pihak polis,” katanya dalam hantaran di Facebook

Sebuah portal berita tempatan yang memetik laporan akhbar Bahasa Mandarin melaporkan, Guan Eng memberi amaran kepada pengundi Pulau Pinang untuk menyekat ‘gelombang hijau’ daripada bertapak di negeri itu.

Guan Eng mendakwa, ia akan mengakibatkan tokong Buddha dimusnahkan dan orang bukan Islam berdepan pelbagai sekatan.

Dr.Muhammad Akmal menegaskan, rakyat negara ini mahukan politik yang progresif dan matang serta berbahas dengan idea, bukan sentimen yang memecahkan.

” Islam tidak pernah mengajar untuk umatnya menindas agama lain dan itu adalah fakta,” katanya, lapor Warta Rakyat.