Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tiket bas balik Kelantan bagi PRN habis terjual -

Tiket bas balik Kelantan bagi PRN habis terjual

AHLI Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman mendakwa jualan tiket bas secara dalam talian untuk pulang ke negeri ini sudah kehabisan sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 12 Ogos sebagai hari mengundi untuk Pilihan Raya Negeri (PRN).

Beliau berkata, pembelian itu memberi isyarat gelombang anak perantauan mahu pulang mengundi cukup tinggi.

“Sebaik sahaja SPR umum tarikh, anak-anak Kelantan di perantauan sudah bising.

“Situasi itu membuatkan kita (Pas) rasa teruja,” katanya semasa berucap pada Ceramah Pertahan Kelantan: Pas Pilihanku di Bachok pada malam Rabu, lapor Sinar Harian.

Menurut beliau, tiket kapal terbang pula bukan calang-calang menjelang PRN itu nanti.

Ujarnya, difahamkan tiket tersebut mencecah harga kayangan di mana pergi balik hampir RM1,000 seorang.