Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Harga sayuran terus meningkat -

Harga sayuran terus meningkat

KENAIKAN mendadak harga barang terutama makanan meningkat 100 peratus secara keseluruhan sejak enam bulan lalu semakin memberi tekanan kepada pengguna.

Bukan sahaja kenaikan di pasaran awam, tetapi juga kenaikan harga makanan seperti sayuran dan bawang turut berlaku di portal rasmi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang dahulunya mempromosikan produk harian dengan harga lebih rendah.

Tinjauan SatuBerita di laman sosial berkenaan mendapati kebanyakan harga keperluan asas seperti bawang merah, bawang putih serta sayuran seperti kacang buncis turut menunjukkan kenaikan mendadak serta berbeza bagi setiap negeri dan tarikh.

Misalnya harga bawang merah (India) di Negeri Sembilan naik sehingga RM4 sekilogram berbanding RM3.20 sen sekilogram. Tidak ketinggalan harga bawang putih turut mengalami kenaikan berganda iaitu RM7 kepada RM8.25 sekilogram.

Harga bawang putih di Negeri Sembilan turut mengalami kenaikan daripada RM7 kepada RM8.25 sen sekilogram. Manakala di Johor Bahru dan dan Kuala Lumpur mencecah RM12 sekilogram sehingga tarikh 1 Julai lepas.

Kacang buncis turut tidak terkecuali mengalami lonjakan harga iaitu RM15.50 sen sekilogram berbanding RM9 di Johor Bahru dan Negeri Sembilan. Manakala di Kuala Lumpur mencecah RM13 sekilogram.

Perubahan harga yang tidak tetap dan sistemetik selain tiada kawalan daripada kerajaan membuatkan pengguna semakin bingung dan tertekan dalam menghadapi kenaikan kos hidup setiap hari.

Media sebelum ini melaporkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengambil langkah segera bagi menurunkan harga sayuran yang meningkat sehingga 160 peratus-SB.