Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Israel lancar serangan udara di wilayah Homs -

Israel lancar serangan udara di wilayah Homs

ISRAEL melancarkan serangan udara di wilayah Homs, barat Syria, lapor Agensi Anadolu yang memetik agensi berita Syria SANA.

Laporan itu memetik sumber tentera mendakwa beberapa lokasi di sekitar bandar Homs menjadi sasaran serangan udara Israel pada 12.20 pagi waktu tempatan.

“Sistem pertahanan udara kami berjaya memintas peluru berpandu musuh. Serangan itu hanya mengakibatkan kerosakan material,” menurut agensi itu.

Israel telah melancarkan serangan udara ke atas tapak tentera rejim dan kumpulan yang disokong Iran sejak permulaan perang saudara Syria pada 2011.

– Bernama Anadolu