UMNO ‘tergelincir dalam kegelapan’, kata Khairy

0
141

KHAIRY Jamaluddin membayangkan UMNO“tergelincir dalam kegelapan” dan sukar dipulihkan daripada keadaannya ketika ini.

“Saya tidak tahu mengenainya (kembali ke pangkuan UMNO), tetapi saya rasa UMNO berada di tempat sangat-sangat gelap ketika ini dan saya tidak pasti sama ada ia boleh dipulihkan.

“Sudah pasti parti ini dekat di hati kerana saya bersamanya lebih daripada 20 tahun, tetapi saya percaya ia tergelincir ke dalam jurang kegelapan,” katanya selepas berucap dalam program Future Leaders Empowerment Series di kampus Universiti UCSI di sini.

Bekas ketua Pemuda UMNO dan menteri kesihatan itu dipecat UMNO Januari lalu kerana melanggar disiplin parti atas kesalahan ketika PRU15.

Pada 17 Mei lalu, Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara umum menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu kepada Khairy kerana percaya beliau mampu memberi sumbangan kepada parti itu.

Pada 21 Jun lalu, Khairy berkata, beliau memohon “masa tambahan” untuk memikirkan tawaran menyertai Bersatu.

Beliau kemudian dilaporkan tidak akan menyertai Bersatu buat sementara waktu dan tidak akan bertanding dalam PRN di enam negeri.

Tetapi, beliau akan memberi sokongan kepada PN, termasuk membantu pakatan itu berkempen lapor FMT.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here