“DAP layan BN macam kain buruk…’’ – Ahmad Fadhli

0
202

SEORANG pemimpin sayap pemuda Perikatan Nasional (PN) mendakwa, DAP melayan Barisan Nasional (BN) seperti kain buruk yang digunakan untuk mengelap kaki ketika basah.

Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari, berkata perumpamaan yang beliau gunakan meskipun bunyinya kasar tetapi bukan bermaksud secara peribadi bermusuhan dengan rakan-rakannya dalam BN.

Beliau menggambarkan situasi BN sekarang yang berada bersama DAP dalam Kerajaan Perpaduan dengan kiasan seumpama itu, selepas ada bekas pemimpin DAP berani menggelar BN sebagai pakatan korup.

“Percayakah kita sedang berdepan musuh teramat lemah di saat ini? Semalam bekas pemimpin DAP, Tony Pua labelkan BN sebagai pakatan korup.

“Saya nak tanya kepada kawan-kawan ahli BN, UMNO, tak malu ke nak undi DAP di Selangor? Kalau mereka (PH) ada kekuatan mereka nak bentuk kerajaan tanpa BN.

“Bagi pandangan DAP, BN adalah kain buruk yang diguna untuk lap kaki ketika basah. Ke bahasa saya kasar? Itu (cuma) kiasan. Kita tak bermusuhan dengan BN tetapi masalah UMNO adalah di peringkat atasan. Itu sebelum PRN. Maknanya kamu menunggu masa untuk dibuang,” katanya lapor BH Online.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Konvensyan Pilihanraya PN Selangor 2023 di Pusat Konvensyan Ideal (IDCC) di sini hari ini.

Susulan apa yang berlaku ke atas BN, Ahmad Fadhli secara sinis berkata, adakah ahli BN, khasnya rakan-rakannya dalam gabungan parti itu sanggup untuk mengundi DAP pada pilihan raya nanti?

Beliau menyeru mereka supaya jangan boikot PRN sebaliknya mengalu-alukan ahli BN khasnya UMNO untuk mengundi PN.

“Untuk kawan-kawan, ahli BN dan UMNO, maka dalam PRN ini, buat pilihan yang tepat. Takkan tergamak nak pangkah logo DAP di dalamnya.

“Mana pergi lagu anak kecil main api sehingga mengalir air mata? Bagi kawan-kawan bukan Melayu, percayalah kalau anda masih sokongan kerajaan PMX, anda memberikan sokongan selesa kepada mereka sedangkan keadaan ekonomi pun mereka tak boleh nak jaga.

“(Nilai) ringgit menghampiri nilai rahmah RM5. Itu sebabnya kita berdepan kerajaan cukup rapuh. Insya-Allah PN, kita adalah adik-beradik dan bersatu untuk tawan Selangor,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here