Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Youtuber ‘Noel Faizal’ didenda RM2,500 miliki dadah -

Youtuber ‘Noel Faizal’ didenda RM2,500 miliki dadah

YOUTUBER Noel Faizal didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki dadah jenis methamphetamine di kawasan tempat letak kereta sebuah kondominium, Mac lepas.

Majistret Muhammad Iskandar Zainol turut memerintahkan Noel Faizal atau nama sebenarnya Noel Faizal Firdaus Muhamad, 40, dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan pindaan, Noel Faizal didakwa ada dalam kawalannya 0.68 gram dadah jenis methamphetamine di kawasan tempat letak kereta sebuah kondominium, Damansara Perdana di sini pada 2.15 pagi, 21 Mac lepas.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 1980) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Loh Xian Yee memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh, mengambil kira faktor kepentingan awam serta kekerapan kes dadah yang berlaku manakala Noel Faizal yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan.

BERNAMA