Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
44 motor disita, 128 saman dikeluarkan dalam Op Samseng Jalanan -

44 motor disita, 128 saman dikeluarkan dalam Op Samseng Jalanan

Oleh WARTAWAN SATU BERITA

SEBANYAK 44 buah motosikal disita manakala 128 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan oleh polis Pulau Pinang dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan berhampiran kawasan gedung perabot terkemuka, IKEA di Batu Kawan, kira-kira pukul 6 petang kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Deputi Superintenden Mohd. Norazmi Abd. Ghapar berkata, tindakan itu diambil di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Terdahulu, katanya, operasi itu dijalankan hasil risikan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPS dengan kerjasama Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

Semua penunggang yang berusia antara 17 hingga 26 tahun dibawa ke IPD SPS untuk tujuan dokumentasi

“Mereka ditahan kerana mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam.

“Ketika ini, kesemua penunggang yang berusia antara 17 hingga 26 tahun dibawa ke IPD SPS untuk tujuan dokumentasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Mohd. Norazmi menasihatkan semua penunggang motosikal supaya tidak berkumpul sehingga boleh menyebabkan berlakunya gangguan terhadap keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

“Polis juga menasihatkan semua pemilik motosikal supaya tidak membuat sebarang pengubahsuaian terhadap motosikal masing-masing tanpa kebenaran,” katanya. – SB