Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Masalah air: Kelantan dijangka peroleh dana RM1.7 bilion dari Pusat - Mohd Amar -

Masalah air: Kelantan dijangka peroleh dana RM1.7 bilion dari Pusat – Mohd Amar

KERAJAAN Kelantan dijangka memperoleh dana RM1.7 billion daripada Kerajaan Pusat bagi menyelesaikan masalah bekalan air yang dihadapi negeri itu sejak berpuluh tahun lalu.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sebelum ini kerajaan negeri telah memohon peruntukan RM8 billion daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapu, kata Mohd Amar, permohonan peruntukan RM8 bilion itu perlu diperhalusi dan kerajaan Persekutuan bersetuju sebanyak RM1.7 bilion diberikan pada peringkat awal.

Menurut beliau, hasil daripada pertemuan dengan Perdana Menteri juga, satu jawatankuasa khusus ditubuhkan melibat Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) dan kerajaan negeri Kelantan.

“Hasil daripada pertemuan dengan Perdana Menteri, satu jawatankuasa khusus ditubuhkan daripada MoF dan kerajaan negeri Kelantan dan Alhamdulillah, dua hari lepas jawatankuasa ini sudah bermesyuarat.

“Setakat ini kelulusan awalnya kalau saya boleh maklum, awal RM1.7 bilion Insya-Allah akan diterima. Kita minta RM8 billion itu Perdana Menteri kata perlu diperhalusi,” kata beliau lapor Astro AWANI.

Mohd Amar berkata demikian pada Program Penyerahan Hak Milik Tanah Jajahan Gua Musang, di Felda Chiku 2, di sini pada Khamis.

Sebelum ini, Perdana Menteri memaklumkan, permohonan RM8 bilion oleh Kelantan bagi menyelesaikan isu air di negeri itu ditolak kerana kerajaan Persekutuan perlu meneliti secara tepat keperluannya.

Bahkan, kata Anwar, terdapat syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum perbelanjaan itu dibenarkan.

Menurut Anwar, masalah air perlu mempunyai langkah awal dan kerajaan sedia memperuntukan dana untuk projek jangka sederhana dan panjang itu.