Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Rosmah dapat pasport sementara lawat anak di Singapura -

Rosmah dapat pasport sementara lawat anak di Singapura

MAHKAMAH buat kali ketiga membenarkan Datin Seri Rosmah Mansor mendapatkan sementara pasportnya bagi membolehkan isteri bekas perdana menteri itu ke Singapura untuk melawat anak perempuannya, Nooryana Najwa Najib.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh hakim P Ravinthran pagi ini membenarkan permohonan peguam Rosmah, Jagjit Singh, berikutan tiada bantahan dikemukakan oleh timbalan pendakwa raya Poh Tih Tinn.

Panel hakim yang turut disertai oleh hakim Ahmad Zaidi Ibrahim dan Azman Abdullah itu, membenarkan pelepasan sementara pasport berkenaan bagi membolehkan Rosmah terbang ke Singapura mulai hari ini hingga 7 Julai.

Pasportnya kini ditahan oleh mahkamah sementara menunggu rayuan terhadap sabitan rasuah dan hukuman diputuskan, lapor MalaysiaKini.