Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PAS ambil dua kerusi Bersatu di Kelantan -

PAS ambil dua kerusi Bersatu di Kelantan

PAS Kelantan berkemungkinan akan mengambil dua lagi kerusi milik Bersatu untuk ditandingi pada  Pilihan Raya Negeri (PRN) menjadikan keseluruhan 39 kerusi daripada 45 kerusi.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, berkata sebelum ini kedua-dua parti memutuskan PAS bertanding di 37 kerusi dan lapan kerusi ditandingi Bersatu.

“Mungkin akan bertambah (kerusi) PAS di Kelantan. Sebab kita minta supaya daripada lapan kerusi yang dimenangi UMNO itu diberikan dua kerusi kepada PAS.

“Setakat ini Bersatu bersetuju dengan cadangan kita iaitu memberi dua kerusi lagi, manakala mereka bertanding di enam kerusi.

“Bagaimanapun keputusan akhir belum diputuskan lagi,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat exco kerajaan Kelantan, di Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan, pembahagian kerusi PRN Kelantan selesai dan menyaksikan PAS bertanding mempertahankan kerusinya di 37 DUN, manakala Bersatu lapan kerusi. 

Sementara itu, Pengerusi Bersatu Kelantan Kamaruddin Md Noor ketika ketika ditanya mengenai perkembangan terbaru itu berkata, pihaknya akur dengan pengagihan kerusi tersebut.

“Saya sudah dimaklumkan perkara ini beberapa hari lalu, yang penting adalah kita menang di Kelantan bukannya berebut kerusi siapa yang banyak bertanding” katanya ringkas ketika dihubungi.