Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Penyokong BN mungkin undi PN berbanding PH pada pilihan raya 6 negeri, kata Khairy -

Penyokong BN mungkin undi PN berbanding PH pada pilihan raya 6 negeri, kata Khairy

BEKAS pemimpin UMNO Khairy Jamaluddin menjangkakan sekurang-kurangnya 50% penyokong Barisan Nasional (BN) akan mengundi Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya di enam negeri akan datang.

Beliau berkata walaupun penyokong Pakatan Harapan (PH) mungkin mengundi BN kerana mereka mendapati PN sebagai “existential threat”, manakala peluang penyokong BN membalas dengan mengundi calon PH adalah sangat tipis. 

Parti komponen dalam kerajaan campuran mencapai kata sepakat untuk mengelak bertanding sesama sendiri dalam pilihan raya negeri. 

Ini bermakna hanya satu parti komponen, sama ada PH atau BN, akan meletakkan calon menentang PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

“Dia (pengundi PH) tak nak bagi kepada PN kerana dia nampak PN ni sebagai ‘existential threat’ ataupun ancaman kepada gaya hidup mereka,” katanya dalam siaran podcast “Keluar Sekejap” bersama bekas ketua penerangan UMNO Shahril Hamdan.

Bekas menteri kesihatan itu bagaimanapun berkata, keadaan mungkin berbeza bagi penyokong BN kerana mereka tidak akan menghadapi masalah untuk membuang undi dan mengalihkan sokongan kepada PN, sebuah gabungan berasaskan Melayu-Islam.

“Adakah pengundi UMNO asal, BN asal akan bagi undi kepada PH? 

“Saya berpendapat kemungkinan itu berlaku adalah jauh lebih rendah daripada keadaan yang kontra.”

Sebelum ini, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin menyuarakan keyakinan tinggi apabila parti itu dijangka memperoleh 80% undi terutama daripada penduduk Melayu pada pilihan raya negeri akan datang.

Muhyiddin berkata keyakinan itu berdasarkan kajian gabungan itu yang menunjukkan Bersatu, Gerakan, dan PAS berada di hadapan dari segi populariti dan kepimpinan.

Katanya, PRN akan datang akan menjadi penanda aras baru berhubung masa depan politik Malaysia lapor Malaysianow.