Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pelakon Eizlan Yusof fokus sokong Annuar Musa, perjuangan dengan PAS tanpa syarat -

Pelakon Eizlan Yusof fokus sokong Annuar Musa, perjuangan dengan PAS tanpa syarat

PENYERTAAN pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof dalam PAS menerima pelbagai reaksi positif antaranya daripada Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah.

Justeru, pelakon itu tampil menjawab kebarangkalian namanya dipilih untuk bertanding menjadi calon pilihan raya negeri (PRN) Kelantan mewakili Perikatan Nasional (PN) tidak lama lagi.

Terharu dengan reaksi diterima daripada beberapa figura politik termasuk daripada naib presiden PAS itu, Eizlan berkata, buat masa ini pendiriannya adalah untuk memberikan sokongan terhadap figura tertentu.

“Saya amat menghargai dan terharu dengan sokongan diberikan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar.

“Buat masa ini fokus saya untuk menyokong Annuar Musa dan perjuangan kami bersama PAS adalah tanpa syarat,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor MalaysiaKini.

Terdahulu, Mohd Amar menyifatkan penyertaan Annuar dan Eizlan memberi impak besar dan boleh meningkatkan sokongan pengundi PAS.

Menurutnya, kemungkinan ramai lagi ahli dari parti lain akan mengikut jejak langkah mereka.

Mohd Amar bagaimanapun berkata PAS belum membincangkan peluang dua individu itu untuk bertanding pada PRN di Kelantan.

Pada 11 Jun lalu, Eizlan mengesahkan dia secara rasmi menyertai PAS selepas timbul spekulasi berhubung perkara itu.

Pengumuman itu dibuat selepas majlis pelancaran jentera pilihan raya bersempena Gelombang Kebangkitan Rakyat Negeri Sembilan di Senawang. 

Selain Eizlan dan Annuar, PAS turut menerima 3,000 keahlian baru termasuk Fyzal Fauzy, mantan Setiausaha sulit kepada mantan menteri luar, PU Raihan dan Dayangku Intan.

PAS sebelum ini pernah disertai oleh beberapa artis terkenal termasuk Aishah, Hairie Othman dan Abby Abadi.