Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Ka Siong letak jawatan Pengerusi MCA Bahagian Johor Bahru -

Ka Siong letak jawatan Pengerusi MCA Bahagian Johor Bahru

PRESIDEN MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong meletak jawatan sebagai Pengerusi MCA Bahagian Johor Bahru dan tidak akan bertanding untuk mempertahankannya dalam pemilihan parti kali ini.

Perkara itu diumumkan oleh beliau menerusi laman Facebook miliknya pada Ahad.

Menurut Ahli Parlimen Ayer Hitam itu, beliau menyerahkan baton kepada pengerusi yang baru dipilih oleh ahli parti untuk menggalas tanggungjawab tersebut.

“Perjalanan karier politik saya tidak semuanya berjalan lancar dan telah melalui pelbagai cabaran, pasang surut dalam politik untuk saya berada di tempat sekarang.

“Sejak saya menyertai bahagian ini,rakan-rakan dari bahagian Johor Bahru sentiasa menyokong saya.

“Tidak kira sejauh mana saya mendaki,bahagian MCA Johor Bahri akan sentiasa kekal sebagai rumah saya,” ujarnya lapor Sinar Harian.

Tambah Ka Siong, mereka menyaksikan banyak detik penting termasuk perkahwinannya dan menjadi jurutera bertauliah.

“Ramai rakan dari bahagian ini telah berkongsi peristiwa penting hinggalah saya diberi amanah memimpin parti.

“Setinggi penghargaan saya ucapkan kepada semua yang telah memberi kerjasama baik dan berkongsi perjalanan indah ini bersama saya. Terima kasih di atas sokongan dan dorongan anda semua selama ini,” jelasnya.