Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tiga kereta musnah terbakar di bahu jalan -

Tiga kereta musnah terbakar di bahu jalan

TIGA kereta yang diletakkan di bahu jalan di Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar, Kedah musnah dalam kebakaran, pada Selasa.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Abdul Rahim Che Omar berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 2.07 pagi.

Beliau berkata, sebuah jentera dan sebuah EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar bersama Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Mutiara serta Tanah Merah dihantar ke lokasi kejadian kebakaran.

“Komander Operasi melaporkan kebakaran itu membabitkan tiga kenderaan iaitu Proton Satria, Hyundai dan BMW yang diletakkan di bahu jalan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa, lapor Sinar Harian.

Abd Rahim berkata, bagaimanapun kebakaran itu tidak membabitkan mangsa dan punca kebakaran masih dalam siasatan.