Tiga wanita ditahan terlibat curi tabung surau, masjid

0
189

POLIS menahan tiga wanita selepas disyaki terbabit dengan kegiatan mencuri duit tabung surau dan masjid sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kejadian terbaharu berlaku pada 26 Mei lalu di Surau Taman Dato Wan, di Paroi.

“Kami menerima laporan pada jam 8.56 malam Rabu lalu daripada ahli jawatankuasa (AJK) surau di Taman Dato Wan yang menyatakan tabung dipecahkan.

“Laporan hanya dibuat selepas lima hari kejadian berlaku.

“Hasil siasatan mendapati suspek memotong mangga pada tabung dan mengambil semua wang di dalamnya,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, beberapa siri tangkapan telah dibuat membabitkan tiga suspek wanita berusia 26 hingga 28 tahun dari 1 Jun hingga semalam.

“Dengan tertangkapnya suspek dalam kes ini, pihak polis berjaya menyelesaikan tiga kes pecah tabung masjid dan surau di sekitar Seremban.

“Kes seterusnya disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri dalam bangunan.

“Semua suspek direman sehingga 5 Jun bagi membantu siasatan,” katanya, lapor Sinar Harian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here