Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kebanyakan negeri diramal hujan lewat petang ini -

Kebanyakan negeri diramal hujan lewat petang ini

HUJAN lebat, ribut petir berserta angin kencang diramal di kebanyakan negeri di seluruh negara sehingga lewat petang ini.

Selain Perlis, berdasarkan kenyataan di laman sesawang rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), hujan dan ribut petir juga diramal di Kedah membabitkan kawasan Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling.

Selain itu, cuaca sama juga diramal di Perak membabitkan kawasan Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Di Kelantan, ia membabitkan kawasan Jeli, Tanah Merah dan Gua Musang, manakala Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).

METMalaysia turut memaklumkan hujan lebat dan ribut petir diramal di Pahang membabitkan Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Pekan dan Rompin.

Katanya, selain ibu kota, ramalan cuaca sama dikeluarkan bagi Selangor membabitkan kawasan Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

“Di Negeri Sembilan membabitkan kawasan Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin, manakala Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.)

“Di Sarawak pula membabitkan Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Miri (Subis dan Beluru),” katanya lapor BH.

Ramalan sama dikeluarkan bagi Sabah membabitkan kawasan pedalaman (Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat (Pitas).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir ialah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam,” katanya.

Orang awam boleh merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.