Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tawaran dari kerajaan tidak dibuat baru-baru ini - Presiden PAS -

Tawaran dari kerajaan tidak dibuat baru-baru ini – Presiden PAS

SELEPAS penafian demi penafian dibuat oleh pihak kerajaan berhubung tawaran untuk menjalin kerjasama, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini menjelaskan pelawaan itu bukanlah dibuat baru-baru ini.

Sebaliknya, kata Abdul Hadi, tawaran yang diajukan kepadanya – sebagai wakil kepada PAS – untuk menyertai kerajaan dibuat selepas berakhirnya pilihan raya umum (PRU) ke-15 tahun lalu.Dia juga menegaskan tiada tawaran yang dibuat kepadanya selepas itu.

“(Tawaran sertai kerajaan dibuat) Selepas pilihan raya. Yang terbaru tak adalah,” katanya, lapor MalaysiaKini.

Ahli parlimen Marang itu berkata demikian semasa menjawab soalan media selepas menghadiri program Terengganu International Summit (TIS) di Kuala Terengganu, hari ini.

Terdahulu Abdul Hadi ditanya mengenai perkembangan terbaru berhubung isu pelawaan yang didakwa dibuat pihak kerajaan untuk bekerjasama dengan PAS.

Menegaskan sekali lagi kerajaan sekarang bukan kerajaan perpaduan, Abdul Hadi turut menegaskan PAS tidak akan menerima tawaran berkenaan.

Sebaliknya kata bekas duta khas perdana menteri itu, PAS akan kekal bersama dengan parti pembangkang lain dalam PN serta mengajak parti lain untuk menyertai gabungan berkenaan atas alasan mereka mempunyai “kekuatan” berbanding yang lain.

“Kita (PAS) menolak (tawaran sertai kerajaan perpaduan). Kita akan terus dengan PN dan kita mengajak pihak yang lain bersama kita kerana kita mendominasi rakyat, jadi kekuatannya pada kita,” katanya.