Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Johari Ghani layak jadi Menteri Kewangan Kedua – Syahir  -

Johari Ghani layak jadi Menteri Kewangan Kedua – Syahir 

AHLI Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman mencadangkan Menteri Kewangan Kedua dilantik bagi mengurangkan beban Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Melalui Facebook beliau, Mohd Syahir berkata, ‘Menteri Kewangan Kedua’ itu boleh dilantik dalam kalangan teknokrat berkaliber.

‘’Ataupun lantik Ahli Parlimen Titiwangsa (Datuk Seri Johari Ghani) yang tidak kurang layaknya seperti mana dicadangkan oleh Saudara KJ (Khairy Jamaluddin) tempo hari,’’ katanya.

Katanya, negara memerlukan seorang Menteri Kewangan sepenuh masa di Kementerian Kewangan.

‘’(Perlu) A strong, formidable, convincing Finance Minister kerana hampir mustahil Perdana Menteri boleh memikul dwi-fungsi dalam tempoh kritikal sekarang,’’ katanya, lapor Warta Rakyat.

Beliau berkata, diketahui bahawa tugas Menteri Kewangan sangatlah rumit, perlu membuat banyak keputusan penting, menyemak dan menandatangani dokumen setiap hari. 

‘’Malah sebahagian tugasan sulit ini tidak boleh diserahkan kepada Timbalan Menteri Kewangan,’’ katanya.

Syahir menjelaskan,  kritikannya sebelum ini mengenai kejatuhan ringgit disebabkan Malaysia tidak memiliki Menteri Kewangan sepenuh masa bukan untuk menyalahkan Anwar sebaliknya jalan penyelesaian perlu dilakukan kerajaan.