Gelombang PN belum terpadam, terus berkembang di PRN – Tuan Ibrahim

0
128

PAS yakin gelombang Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)  terus berkembang pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri nanti. 

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata,  sokongan terhadap PN pada pilihan raya umum lepas itu belum terpadam. 

“Semalam saya hadir ke Mesyuarat Majlis Tertinggi PN Pusat. Kerja-kerja menuju PRN sudah mula digerakkan di keenam-enam negeri. 

“Gelombang PN yang melanda negara dalam PRU15 masih lagi tidak terpadam dan terus semarak hasil kerjasama yang padu daripada jentera PN daripada pelbagai peringkat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Pada PRU15, PN menjadi pesaing hebat kepada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) selepas berjaya menarik pengundi dan mengempur kubu kuat dua gabungan politik itu.

PN meraih 74 kerusi Parlimen pada pilihan raya lepas, ketinggalan hanya lapan kerusi berbanding PH, namun jauh meninggalkan BN yang memperoleh 30 kerusi lapor Utusan Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here