Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kes dadah: Nasib penyampai radio Ismahalil diketahui 17 Julai ini -

Kes dadah: Nasib penyampai radio Ismahalil diketahui 17 Julai ini

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur memaklumkan nasib bekas penyampai radio Ismahalil Hamzah yang didakwa mengedar dadah jenis kanabis dua tahun lalu bakal ke tali gantung atau sebaliknya bakal diketahui 17 Julai ini.

Memetik laporan Astro AWANI, Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan tarikh berkenaan selepas mendengar keterangan saksi terakhir pada perbicaraan yang berlangsung pada Rabu.

Muhammad Jamil menutup kes berkenaan selepas memanggil lima saksi pembelaan memberi keterangan termasuk isterinya, Nor Haslinda Abd Manaf.

Pada perbicaraan itu, saksi pembelaan kelima memberitahu mahkamah, dia tidak berada di dalam bilik kejadian serbuan dibuat sebaliknya hanya melihat daripada garaj kereta ketika Ismahalil digari dan dibawa polis.

Saksi turut menjelaskan bilik tempat dadah dijumpai itu adalah ruang kegunaan bersama bagi tujuan solat dan mengecas komputer namun kesemua barang berkaitan tiada dalam bilik berkenaan.

Saksi yang merupakan setiausaha Kelab MyFriend Bapakku FM turut didakwa memberi keterangan berbentuk rekaan demi menyelamatkan tertuduh yang merupakan majikannya.

Terdahulu, kes mengedar dadah jenis kanabis yang dihadapi penyampai radio, Ismahalil, 49, disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Mengikut pertuduhan, Ismahalil didakwa mengedar kanabis dengan anggaran berat 409 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, jam 5.35 petang pada 27 Ogos 2021.