Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Diana Danielle sangkal dakwaan terima lapan cincin pemberian Farid Kamil -

Diana Danielle sangkal dakwaan terima lapan cincin pemberian Farid Kamil

PELAKON Diana Danielle menyangkal dakwaan suaminya, Farid Kamil, 42, berhubung penerimaan lapan bentuk cincin yang diberikan baru-baru ini.

Menurut Diana, 32, dia tidak selesa dengan kenyataan yang dibuat oleh Farid kepada media di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pada Selasa dan tampil memberikan reaksi.

“Sebenarnya, saya tidak menerima ‘lapan cincin’ itu. Dia memberikan kepada anak lelaki dan memberitahu untuk menyerahkan kepada saya.

“Saya tidak selesa mengenai perkara ini dan memilih tidak memberikan sebarang reaksi.

“Saya pernah menolak cincin tersebut melalui peguam, tetapi dia menggunakan anak lelaki dan memintanya untuk menyerahkan kepada saya,” katanya, lapor Sinar Harian.

Dalam perkongsian sama, ibu kepada dua anak itu mengingatkan Farid agar tidak mengulangi tindakan tersebut dan menggunakan anak-anak sebagai perantaraan.

“Jadi, sekarang orang sudah tahu mengenai perkara itu, jadi tolong jangan serahkan sebarang hadiah menerusi anak-anak lagi,” katanya.

Terdahulu Farid memberitahu dia tetap mahu mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama Diana sejak 11 tahun lalu. Malah aktor terkenal itu berkata, Diana turut menerima hadiah pemberiannya berupa enam bentuk cincin dan dua utas rantai yang diserahkan melalui anak-anaknya.