Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pekerja kilang mengaku tidak bersalah miliki gambar lucah -

Pekerja kilang mengaku tidak bersalah miliki gambar lucah

SEORANG pekerja kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sungai Petani hari ini atas pertuduhan memiliki 128 gambar lucah dalam telefon bimbit. 

Mengikut pertuduhan, Saiful Anuar Ab Rani, 27, didakwa memiliki gambar lucah berkenaan dalam telefon bimbit jenama Samsung model Galaxy A20, di alamat No.1949, Bandar Puteri Jaya, di sini kira-kira pukul 3 petang pada 1 April 2021.

Sehubungan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Majistret Khairatul Animah Jelani kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Jun ini sebagai sebutan semula kes bagi serahan dokumen berkaitan serta lantikan peguam.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Nazrul Nizam Mohd Zameri.

— BERNAMA