Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pegawai maritim hilang ketika daki Telaga Tujuh ditemui selamat -

Pegawai maritim hilang ketika daki Telaga Tujuh ditemui selamat

PEGAWAI Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang dilaporkan hilang ketika mendaki Air Terjun Telaga Tujuh ditemui selamat.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, Mohd Ridhaudden Rosman, 32, membuat panggilan kepada isterinya mengatakan dia tersesat dan telah turun dari bukit melalui laluan kereta kabel (Skycab) pada jam 5 petang Khamis.

“Sebaik sampai di kaki bukit, mangsa telah menghubungi isterinya dan mengatakan dia tersesat sewaktu mendaki bersendirian pada petang Rabu.

“Isteri mangsa kemudian menghubungi polis memaklumkan suaminya selamat.

“Dengan penemuan mangsa selamat operasi mencari menyelamat (SAR) dihentikan kira-kira jam 5.10 petang tadi.

“Mohd Ridhaudden telah dibawa ke Hospital Sultanah Maliha untuk pemeriksaan lanjut,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Sebelum ini Astro AWANI melaporkan seorang lelaki tidak pulang ke bilik penginapannya selepas keluar untuk mendaki bersendirian di kawasan Air Terjun Telaga Tujuh pada petang Rabu.

Mangsa bertugas di Bahagia Carilamat (SAR) Maritim Malaysia Putrajaya dan datang ke pulau ini terlibat dalam Pameran Antarabangsa Aeroangkasa dan Maritim Langkawi 2023 (LIMA ’23).