10 orang dipanggil bantu siasatan kes bunuh, bakar wanita hamil

0
506

POLIS mengambil keterangan 10 individu bagi membantu siasatan kematian seorang wanita hamil empat bulan yang ditemui dalam keadaan terbakar di kawasan belukar kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Air Limau di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, berkata semua individu berusia 20 hingga 50 tahun itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam untuk memberi keterangan, hari ini.

“Mereka membabitkan saksi yang boleh membantu siasatan termasuk ahli keluarga mangsa berusia 21 tahun itu dan suspek,” katanya ketika dihubungi, hari ini lapor Berita Harian.

Dalam perkembangan berkaitan, Agus Salim berkata, tiada penahanan baharu dibuat pihaknya berhubung kes terbabit.

Katanya, proses bedah siasat mayat mangsa akan diadakan jam pagi esok di Hospital Sungai Buloh.

Semalam, polis menahan seorang lelaki berusia 20 tahun yang disyaki terbabit dalam kejadian itu di Sungai Besar.

Suspek dan mangsa dikatakan adalah pasangan kekasih yang menjalin hubungan selama setahun.

Suspek direman enam hari sehingga 29 Mei ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here