Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Jurutera didakwa hantar komunikasi jelik -

Jurutera didakwa hantar komunikasi jelik

SEORANG jurutera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuching hari ini terhadap lima pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi bersifat jelik pada 2019.

Bagi kesemua pertuduhan, Sim Ngee Thiam, 45, didakwa menggunakan perkhidmatan pesanan ringkas secara sedar membuat dan memulakan komunikasi berbentuk teks bersifat jelik dengan niat untuk menyakiti hati orang lain.

Kelima-lima hantaran itu didakwa dibuat antara 22 Jun 2019 hingga 27 Dis 2019.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Lima pertuduhan itu dibacakan di empat Mahkamah Sesyen di sini di hadapan Hakim Maris Agan, Afidah Abdul Rahman, Mohd Taufik Mohd @ Mohd Yusoff dan Musli Ab Hamid.

Mahkamah membenarkan Sim diikat jamin RM5,000 bagi kesemua pertuduhan dengan dua penjamin dan menetapkan 4 Julai untuk sebutan semula kes. 

 — BERNAMA