Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lawatan kerja Kabinet ke luar negara cecah RM18.6 juta -

Lawatan kerja Kabinet ke luar negara cecah RM18.6 juta

KERAJAAN sudah membelanjakan RM18.6 juta untuk membiayai 64 lawatan kerja ahli Kabinet ke luar negara bermula Januari hingga April lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali memaklumkan perkara itu dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat bertarikh semalam.

Katanya kesemua lawatan itu mendapat kelulusan jemaah menteri dan 15 lawatan melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ahli-ahli Kabinet kerajaan berserta delegasi pegawai kerajaan ke negara-negara luar tertentu bagi membantu kerajaan mengukuhkan lagi pertumbuhan ekonomi melalui kerjasama perdagangan dan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia.

“Lawatan kerja ini juga memberi peluang pemimpin kedua-dua negara bertukar pandangan mengenai hala tuju hubungan dua hala selain membincangkan peluang kerjasama baharu dalam pelbagai bidang yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua negara,” katanya lapor Agendadaily.

Semalam, Ahli Parlimen Merbok, Mohd Nazri Abu Hassan meminta perdana menteri menyatakan perincian senarai jumlah lawatan kerja ke luar negara, perbelanjaan serta negara dilawati oleh ahli-ahli Kabinet kerajaan dari Januari 2023 hingga April 2023,

Selain Jabatan Perdana Menteri, lawatan turut melibatkan Kementerian Luar Negeri (9), Kementerian Dalam Negeri (5) sementara empat kali bagi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri dan juga Kementerian Pertahanan manakala Kementerian Pengangkutan; Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sebanyak tiga kali.

Dalam pada itu dua kali lawatan bagi Kementerian Ekonomi; Kementerian Komunikasi dan Digital; Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan; Kementerian Sumber Manusia; Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Satu kali lawatan pula bagi Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kesihatan; Kementerian Pendidikan; Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi; Kementerian Kewangan juga Kementerian Perladangan dan Komoditi.

Namun hari ini, kerajaan enggan mendedahkan kos belanja penerbangan yang sudah digunakan PMX sejak memegang jawatan itu.